PENGENALAN          
         
                       
                       
     adalah singkatan daripada          
                       
   

“Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja"

 
                       
 

Ia merupakan satu program khas yang dibentuk dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan golongan pelapis remaja yang berketerampilan dan mempunyai ketahanan diri serta kekuatan mental yang mantap dalam menangani masalah AIDS terutamanya tingkahlaku yang berisiko tinggi  di kalangan remaja. Lanjutan daripada pewujudan PROSTAR ini,sebuah kelab PROSTAR ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dengan cawangan di peringkat negeri dan daerah.                         

 

Setelah mendapat sambutan,Pejabat Kesihatan Daerah Yan tidak ketinggalan menubuhkan sebuah kelab PROSTAR di daerah Yan ini.Ia mula ditubuh dan dilancarkan secara rasminya  di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau Dalam pada 22 JULAI 1997 yang mana telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Dr Umai Kalsom binti Hashim iaitu Pegawai Kesihatan Daerah Yan merangkap Penaung kelab tersebut.Sehingga kini keahliannya telah menjangkau seramai 450  orang yang berdaftar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                       
                       
                     
                       

Home